Inspirasi Berlajar

Exam dah diambang weii. Study nyer belum lagi. Inilah penyakit otai old school bila nak timba ilmu. awal sem dulu bukan main lagi semangat berkobar-kobar macam enjin kereta turbo. Bersakit-sakit duhulu, bersenang-senang kemudian konon, phuiiii!!! Sekarang ni mana ada orang nak berakit kehulu, berenang ke tepian. Jatuh sungai pastu lemas aaa kan dah menyusahkan orang lain. Tapi Appai bukan nak cerita pasal rakit, sungai atau lemas. Appai nak cerita pasal study. Bila masa, lokasi, strategi dan taktik yang sesuai untuk golongan warga silver. Warga emas tu orang tua, ni warga silver.... warga 30-40an hi hi hi

Appai kalau taim prebet study ni memang masalah, dari zaman tadika sampai SPM. Nyawa-nyawa ikan. Appai setakat ni boleh pergi lagi walaupun hentah hape-hape, tapi steady lagi. Appai telah temukan taktik dan inspirasi yang sesuai untuk diri sendiri je la... korang Appai tak tau, itu masalah korang, bukan masalah Appai hahahaha. Pendekan cerita, last minit study, hape nak jadi, Appai study dalam JAMBAN!! Hiye betul tak tipu (kalau tipu pun bukan korang kenal aku kan kan kan). Jamban rumah sendiri la kan, jamban awam, office, kampus Appai tak sanggup, jamban rumah orang jangan buat hal. Tapi kenapa jamban? Tempat lain kan banyak?



1. Appai isap rokok, berani mati!! Lagi stress otak lagi banyak rokok. Jamban kan bilik terasing antara semua bilik dalam rumah. jangan bawak keluaarga isap/hidu rokok. telan sorang-sorang dalam jamban hahaha habuk.

2. Jamban kan sinonim dengan perkataan PRIVATE, so privasinya mememang tinggi la. Sapa nak kacau? kalau jamban satu je dalam rumah, nasib la..

3. Atas dasar privasi, kompom anak-anak tak kacau. kalau dewang kacau jugak, kentut kuat-kuat sebusuk alam. Kompom lari budak-budak tu torkkkk!!

4. Jamban sejuk dari mana-mana bilik dalam rumah. Secara tak langsung jimat karan!

5. Mengelakan dari makan! Hiye laa... dalam jamban ada nafsu ke nak makan? Jangan kata selera, terfikir pun tak lalu!

6. Agak-agak kepala over heat je aaa bukak ler shower itu. Sejuk la beliau...

7. Warga silver ni mudah overheat kalau stress, bukan setakat kat kepala. Tapak kaki juga salah satu area suhu panas dibebaskan oleh badan. lantai jamban kan lembab, sejuk la kaki tu kalau pijak lantai ye tak.

8. Menyedarkan diri sendiri betapa bongoknya diri sendiri zaman sekolah. Sapa soh malas belajar, dah tua bangka baru terhegeh-hegeh nak study? Padan muka hahahhaa


Share on Google Plus

About Appai

0 comments:

Post a Comment